IQNA

Arab Saudi Menyembunyikan Tiang Yamani Di Kaabah

23:22 - May 14, 2013
Berita ID: 2533657
Kumpulan Antarabangsa: Wahabi-wahabi Arab Saudi dalam tindakan anti agama dan kebenciannya telah menyembunyikan dan menutup tiang Yamani di Kaabah(tempat lahirnya Imam Ali a,s) dengan dinding besi.
Kumpulan Antarabangsa: Wahabi-wahabi Arab Saudi dalam tindakan anti agama dan kebenciannya telah menyembunyikan dan menutup tiang Yamani di Kaabah(tempat lahirnya Imam Ali a,s) dengan dinding besi.
Menurut laporan Berita Antarabangsa Al-Quran (IQNA), dinukilkan dari berita “Brasa”, pegawai-pegawai tinggi wahabi Al Saud, telah mengeluarkan arahannya pada 23 March 2013. Dan mengikut arahan ini sebahagian dari Kaabah telah ditutup dengan besi.
Arahan ini telah dikeluarkan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Wahabi Arab Saudi. Tiang Yamani yang berada di Kaabah merupakan sejarah tempat lahirnya Amirul Mukminin Ali a.s dalam kisah terbelahnya dinding Kaabah.
Sebelum ini pengikut-pengikut wahabi telah mencuba pelbagai cara untuk menutup mukjizat besar ini, antaranya menggunakan paku, skru, dan simen, dan kali ini mereka cuba menutup sepenuhnya dinding itu.
Empat penjuru Kaabah dikenali sebagai tiang, antara tiang-tiang ini, tiang Yamani dan tiang Hajarul Aswad mempunyai fadhilat yang lebih. Terdapat banyak riwayat-riwayat sunni dan syiah yang menyebutkan tentang fadhilat tiang ini.
Didalam sebuah riwayat Dari Imam Sadiq a.s: “ Tiang Yamani merupakan pintu dari pinti-pintu syurga, ia tidak pernah tertutup dari hari pertama ia terbuka.” Dalam sebahagian riwayat yang lain disebutkan tiang ini adalah merupakan antara tempat-tempat termakbulnya doa.
Imam Ali a.s menurut riwayat, lahir didalam Kaabah pada hari Jumaat, 13 rejab tahun gajah, bersamaan dengan 599 masihi, 10 tahun sebelum perlantikan rasullah s.a.w di Mekkah
1227879
captcha